Wednesday, April 29, 2009

Air mineral + Holy water... Cerita layu.. Aduhai Melayu...

Pernah tak anda sama ada menerima, membaca atau mendengar cerita tentang air mineral yang dicampur dengan holy water?

Pertama kali saya mendapat maklumat ini adalah melalui sms yang dihantar kepada saya pada tahun 2008. Kemudian dihantar lagi ke email saya pada tahun yang sama. Topik hangat katanya. Minta seluruh umat Islam berhati-hati, katanya sesiapa saja umat Islam yang terminum air mineral ini, nescaya dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah.

Aduhai Melayu... bilalah engkau nak berubah? Benda macam ini pun mudah sangat percaya tanpa usul periksa. Pergilah periksa dulu dengan Jabatan Agama atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Bila saya buat search di internet, rupanya cerita tentang air mineral yang dicampur dengan holy water ini telah terbit dan disensasikan semenjak tahun 2006 lagi. Oleh kerana ramai yang tak tahu maka cerita ini berulang terbitlah secara tidak berjadual ia di blog-blog bebas khususnya blog orang M pada tahun 2007, 2008 sampailah sekarang ini 2009, pun masih terbit lagi.

Pada tahun 2006, terdapat tiga (3) jenama air mineral yang dikatakan dicampur holy water:
  1. Al Barakah
  2. Al Mansur
  3. Bestari (ada yang kata al Bistari)

Petikan dari sebuah blog bebas (2007). Sila lihat bilangan paderi dan jenama air mineral

Bila masuk tahun 2007, 2008 dan 2009, macam-macam versi pula muncul. Ketakseragaman cerita tersebut boleh dilihat dari jumlah paderi dan ejaan jenama air mineral itu.
  1. dari 19 orang Paderi menjadi 1900 orang Paderi
  2. Nama jenama air mineral al-Barakah menjadi al-Baramkah, al-Mansor menjadi al-Mansori dan al-Bistari menjadi al-Bistaria.

Petikan dari sebuah blog bebas (2008). Sila lihat bilangan paderi dan jenama air mineral

Kini yang terbaru, jenama yang didakwa telah dicampurkan dengan holy water yang pada asalnya hanya tiga, kini telah bertambah menjadi 6-7. Anda boleh memeriksa sendiri perkara ini. Apa yang menggelikan hati adalah jenama yang disalah eja itu dijadikan sebagai jenama tambahan. Aduhai...

al-Barakah, al-Baramkah, al-Mansor, al-Mansori, al-Mansur, Bestari, al-Bistari, al-Bistaria, al-Mubarakh, tidak kurang juga Waterco..

Petikan dari sebuah blog bebas (2009)

Sebenarnya holy water tidak mempunyai kuasa apa-apa. Sekiranya holy water itu sangat berkuasa, sudah tentu tiada seorangpun paderi Kristian yang memeluk agama Islam. Buat homework, berapa ramai orang Eropah dan Amerika di kalangan penganut Kristian yang beralih kepada Islam semenjak peristiwa 11 September?

Kalau holy water benar-benar berkuasa, maka seluruh penduduk dunia pasti menjadi Kristian. Curah saja holy water di kolam-kolam bekalan air seluruh negara.

Kalau benar-benar mereka nak sabotaj umat Islam secara yang demikian, tak perlu tunggu jenama Bestari, al-Barakah dan al-Mansor. Jenama-jenama lain banyak lagi seperti Spritzer, Cactus dll. Nak senang lagi campurkan saja dalam Coca Cola, Pepsi atau apa-apa jenis minuman yang lain.

Lagipun sehingga kini tiada gambar botol air mineral berkenaan muncul di internet atau di kedai-kedai di kawasan yang dimaksudkan. Kalau ada gambar botol air mineral dari jenama tersebut, sebarkanlah gambarnya. Sedangkan gambar orang buat maksiat boleh dirakam, masakan gambar air mineral tidak boleh?

Ramai orang Melayu masuk Kristian? Ya betul, perkara ini telah lama berlaku. Bukan salah holy water tetapi salah orang Melayu itu sendiri yang mengabaikan agama Islam.

Cerita orang tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah setelah masuk Kristian, itu cerita lama, telah lama saya dengar ketika saya remaja lagi. Tapi saya yakin sekiranya ia berlaku, ia disebabkan oleh orang itu telah mendapat laknat Allah disebabkan kebobrokannya menolak Islam. Cerita tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah disebabkan holy water mungkin direka untuk menutup kelemahan diri sendiri dan keluarga. Wallahu a'lam.

Setakat pengetahuan saya yang tak seberapa ini, tiada air yang boleh memudaratkan manusia kecuali air yang tercemar.

Malah air sebenarnya boleh dijadikan ubat dan penawar apabila dibacakan dengan ayat-ayat Allah (sila rujuk perubatan Islam).

bersambung...

Sunday, April 26, 2009

Alert! Mexican Swine Flu on the rise!

I am sad to hear more than 80 people had died in Mexico due to swine related disease. To date, the Mexican government reported more than 1,300 suspected cases related to the virus that involves both human and animals, which indirectly signaled danger to the world.

According to the World Health Organization (WHO) yesterday, the swine flu is highly potential to become another pandemic. United States, the north Mexican neighbour, reported 11 or such cases mainly in the state of New York, followed by Kansas and California. So watch out everyone! It can spread to our countries at any time from now.

As a Malaysian I am worry because swine industry is quite visible in my country. The first pandemic, Japanese Encephalitis, has outbreak in Malaysia in 1998-1999, followed by Nipah within the same year. Therefore the second or third pandemic due to swine related disease is not impossible in this country.

I beg you Malaysia, please phase out pig farming from our country... please before it's too late!

Wednesday, April 15, 2009

Sipadan Island

Sipadan Island is small but very beautiful. Located in Sabah, East Malaysia, was voted the third best diving spot of the world in 2008 by Scuba Travel UK and rank no. 5 in Skyscanner in March 2009. If you think of going there, think of going diving too.








Sunday, April 12, 2009

Interesting Egyptian English...

I am not yet a polyglot but enjoy so much in doing accent imitation. English is the most common language I have used in my accent imitation, followed by Malay.

So far I have learned and able to imitate these accents:
  1. Malaysian Chinese speaking English
  2. Malaysian Malay speaking English
  3. Malaysian Indian speaking English
I don't know my level of proficiency since I do it for fun. I love languages by the way.

When I started befriend with the Arabs, I found their English accent is rather interesting. Unfortunately it is not easy to imitate theirs. Recently I found a few Egyptian English videos in youtube. It is very interesting and I enjoyed it very much.

Watch these videos:

Learn English the Egyptian way (in a classroom)


Learn English the Egyptian way (in a restaurant)

Saturday, April 11, 2009

Gunakanlah frasa mashaAllah di tempat yang betul

Adalah menjadi kebiasaan dalam masyarakat rumpun Melayu yang beragama Islam, tatkala mendengar berita seperti kemalangan jalanraya, kematian dan pelbagai berita buruk yang lain, lafaz mashaAllah (masya Allah / ما شاء الله) pasti terkeluar dari mulut.

Contoh:
  1. "Mat, anak engkau accident!". "MashaAllah!", jawab Mat.
  2. MashaAllah, rosak habis rumah dia.
  3. "Teruk betul dia tu. Perangainya... mashaAllah! Macam setan!"
Seolah-olah mashaAllah itu bermaksud 'dahsyatnya sesuatu perkara'.

Perkara ini ditegur oleh sahabat-sahabat penutur Bahasa Arab di masa second degree dulu.

Apa yang saya pelajari adalah mashaAllah itu merujuk kepada kekaguman kita pada ciptaan Allah. Dalam Bahasa Melayu, terjemahan yang hampir mungkin lebih kurang macam ini - Sesuatu (kejadian) itu, Allah yang juruskan. Maka kagumlah bagi sesiapa yang melihatnya.

Contoh (penggunaan yang betul):
  1. MashaAllah, comelnya anak engkau ni.
  2. Tengok permandangan dekat sana tu, mashaAllah cantiknya!
  3. Anak Che Mat tu dapat 10A dalam SPM. MashaAllah hebatnya!
  4. Kecil lagi sudah hafal al-Quran. MashaAllah!
  5. Ali boleh bertutur tujuh bahasa. MashaAllah!
Semoga kita dapat manfaat dari perbincangan ini. InshaAllah.

Friday, April 10, 2009

Kebaikan membaca Surah al-Kahf pada Hari Jumaat

Masa zaman sekolah sampai first degree dulu, kalau hari Jumaat sahaja, sama ada malam atau siang, Surah Yaasin telah menjadi satu keperluan untuk dibaca.

Yelah, sebagai manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sudah tentu kita berkehendakkan sesuatu pahala, yang mana salah satu daripadanya adalah menerusi pembacaan al-Quran. Sekurang-kurangnya mendapat barakah dari pembacaan itu tadi, inshaAllah.

Tatkala masa berlalu, banyak perkara yang dipelajari, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ketika saya di second degree, seorang sahabat saya dari Timur Tengah telah bertanya kenapa tidak dibaca Surah al-Kahf (Surah al-Kahfi) pada hari Jumaat. Saya memberitahu beliau bahawa saya membaca Surah Yaasin di malam Jumaat. Tatkala ditanya kenapa Surah Yaasin, saya terdiam seketika. Jawapan mee segera saya adalah untuk mendapatkan pahala dan barakah, di samping ini telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat rumpun Melayu Asia Tenggara.

Sahabat saya menjelaskan dengan penuh kesopanan bahawa tidak salah untuk membaca Surah Yasin, malah elok memperbanyakkan bacaan al-Quran pada hari Jumaat. Cuma tidak perlu mengkhususkan bacaan Yaasin pada malam Jumaat sahaja.

Malah katanya, ada dinyatakan di dalam hadis tentang galakan membaca Surah al-Kahf pada hari Jumaat. Penjelasan sahabat saya telah menyedarkan saya bertapa lemahnya basic berpengetahuan saya akan agama yang menjadi ikutan saya selama ini, yakni Islam. Yelah selama ini ikut sahaja. Lagipun buat apa nak lebih-lebih, kita bukan ustaz atau pelajar bidang agama. Itulah pandangan ramai termasuk saya pada ketika itu.

Lalu saya buat homework tentang Surah al-Kahf. Saya dapati banyak hadis yang menceritakan galakan membaca Surah al-Kahf pada hari Jumaat. Yang sahih ada, yang daif pun banyak.

Berikut adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Sa'eed al-Khudri (r.a.):

عن أبي سعيد الخدري قال : " من قرأ سورة الكهف ليلة الجمعة أضاء له من النور فيما بينه وبين البيت العتيق " . رواه الدارمي (3407) والحديث : صححه الشيخ الألباني في " صحيح الجامع" (6471)

Dari Abu Said al-Khudri, "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi malam Jumaat diterangi baginya cahaya jarak di antara pembaca tersebut dan antara Baitil Atiq"
Riwayat Ad-Darmi (3407) dan disahihkan oleh As-Sheikh al-Albani di dalam Sahih Al-Jame' (6471)


من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين رواه الحاكم (399\2) والبيهقي (249\3). والحديث : قال ابن حجر في " تخريج الأذكار " : حديث حسن ، وقال : وهو أقوى ما ورد في قراءة سورة الكهف. وصححه الشيخ الألباني في " صحيح الجامع" (6470)
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat diterangi baginya dengan cahaya tempoh antara dua Jumaat"
Riwayat al-Hakim (399/2) dan al-Baihaqi (249/3). Dinyatakan oleh Ibnu Hajar di dalam Takhrij al-Adzkar sebagai Hadis Hasan dan disahihkan oleh As-Sheikh al-Albani di dalam Sahih Al-Jame' (6470)

Rujukan: ISLAM QA, al-Fikrah.net, al-Firdaus.com, dll.

Terima kasih pada sahabat saya yang memberi penjelasan dengan penuh hikmah. Semoga Allah memberkati beliau. Juga, semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua.

Sunday, April 5, 2009

World Top 30 Tourist Destinations 2007

.
Do you know which is the most visited country in the world? According to the United Nations World Tourism Organization (UNWTO), their statistics show that France is on top of the ranking with around 82 million visitors visiting the country in 2007.

Here are the World Top 30 Tourist Destinations for the year 2007:


Get more information about World Tourism at World Tourism Organization.