Wednesday, September 10, 2008

Penagihan Dadah - Lambang Penguasaan Lelaki Melayu

Dadah
Fakta Penagihan Dadah 2007 di Malaysia:
  • 97.60% lelaki
  • 72.62% Melayu
  • 70.00% terdiri daripada golongan belia dan majoriti adalah berumur antara 19-24 tahun
  • 79.17% berpendidikan hingga sekolah menengah (sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3)
  • 92.03% mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am)
  • 62.56% merupakan penagih heroin/morfin, manakala penagih ATS (10.28%)
  • 55.65% mengakui mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh kawan
Sumber: Agensi Dadah Kebangsaan

Dari segi peratusan penduduk, Bumiputra di Malaysia adalah sekitar 66% dan Melayu itu sendiri adalah sekitar 55%. Jadi peratusan Melayu itu tidaklah sebesar mana (walaupun majoriti) jika dibandingkan dengan jumlah penduduk. Tetapi, bila masuk bab penagihan dadah, peratusan Melayu adalah terbesar iaitu sekitar 73%. Tambahan hampir 20%. Maka kesimpulannya, bidang penagihan dadah adalah di bawah penguasaan Melayu. Tahniah aku diucapkan! (Bukan senang nak menguasai sesuatu bidang itu).

Sebenarnya aku sedih dan kesian dekat bangsa aku ini. Benda-benda yang buruk senang sangat diserap. Bohsia, bohjan, mat rempit, mat metal, punk... semuanya penguasaan orang Melayu. Yang aku pasti gejala-gejala ini disebabkan oleh pengabaian agama oleh masyarakat aku sendiri. Nama saja Islam tapi rata-rata tiada pengetahuan tentang ajaran agama anutan mereka itu. Lagi satu aku tengok, masyarakat bangsa aku ini semakin tidak berani menegur yang salah.


No comments: