.
Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya. Di zaman sekarang ini, untuk melihat wanita bertudung bukanlah sesuatu yang sukar. Rata-rata wanita Malaysia yang mengaku beragama Islam bertudung, termasuklah segelintir artis. Tetapi hakikatnya bertudung itu hanyalah fesyen bukan bertujuan untuk menutup aurat atau menjaga peribadi dan tingkahlaku.
Kajian yang aku buat di Tesco Taiping menunjukkan bagi setiap 40 wanita bertudung, hanya 3 yang menutup aurat mereka dengan betul. Rata-rata memakai tudung dengan berlengan pendek, selebihnya memakai pakaian yang ketat bagi menampakkan bentuk tubuh masing-masing, tidak kurang yang memakai baju singkat, yakni apabila dibongkokkan badan pasti akan menampakkan seluar dalam dan lurah punggung masing-masing. Hebatkan wanita Islam Malaysia.
Aku malu dengan cara pergaulan lelaki-wanita sekarang ini. Khususnya wanita bertudung yang aku lihat sebahagiannya terlalu gedik. Malu itu sudah tidak ada lagi di kalangan mereka. Menyentuh, memegang dan bertepuk-bertampar dengan lelaki yang bukan mahram telah menjadi perkara biasa. Apatah lagi bergurau-senda yang biasa-biasa itu, sudah tiada had lagi. Na'uzubillah...
Kepada yang bukan Islam, ingin aku nyatakan bahawa Islam menentang pergaulan bebas lelaki dan wanita. Islam melarang wanitanya membuka aurat di hadapan orang-ramai. Menutup aurat bagi wanita Islam itu meliputi seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Islam juga melarang wanita berpakaian ketat. Bersentuhan lelaki-wanita yang bukan mahram juga ditegah. Naik motor berdua-duaan tanpa nikah adalah haram!
Kepada yang bukan Islam, jika anda melihat wanita bertudung tapi gedik, tolong jangan salahkan Islam, kerana itu salah mereka sendiri yang tidak mahu mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Aku hanya dapat berdoa kepada Allah agah memberi hidayah kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment