Sudah menjadi trend zaman sekarang ini menamakan anak dengan nama-nama yang panjang, yang selalunya terdiri daripada sama ada dua atau tiga nama gabungan (compound names). Misalannya (contoh-contoh ini hanyalah berdasarkan luahan pemikiran saya sahaja):
[1] Siti Melinda Cempakasari binti Muhammad Kusuma Budi
[2] Muhammad Ashraf Zamani bin Muhammad Fahmi
[3] Habibah Sandra Hanim binti Zaid Hussain Habibi
Berdasarkan pengetahuan saya, menamakan anak dengan nama-nama yang panjang-panjang telah menjadi trend di kalangan masyarakat Melayu moden bermula dari pertengahan tahun 80an hingga kini. Saya percaya di kalangan kawan-kawan rapat dan ahli keluarga kita pasti wujud nama-nama panjang seperti ini. Ramai yang memilih untuk menggunakan nama ala-ala Arab, Iran mahupun Turki. Sedap katanya. Maka ramailah ahli keluarga terutama golongan veteran yang berlawan-lawan untuk menamakan anak-anak dengan nama-nama yang panjang. Lagi panjang, maka lagi hebat dan terohorlah keluarga tersebut, agaknya. Bayi-bayi yang lahir itu tidak salah kerana tugas memberi nama itu adalah tanggungjawab ibubapa. Yang jadi masalah bila suami-isteri tak sepakat dalam memberi nama anak tadi. Mak-ayah pula nak nama ini, mak-pak mertua pula nak nama itu. Nanti siapa yang susah? Bukan 'mereka dan keluarga mereka' itu tapi bayi yang bakal membesar itu. Hmm... entahlah.
Menyusahkan
Saya tidak menentang mereka yang suka memberi nama-nama yang panjang ini kerana itu hak masing-masing tapi yang pasti saya sangat TIDAK menyukai nama-nama panjang seperti ini. Mana tidaknya dalam kebanyakkan hal ia memang menyusahkan. Nak isi borang susah. Nak panggil nama susah. Nak tulis ringkasan nama pada artikel ilmiah pun susah. Setakat ini tidak pernahpun mereka yang memberi nama panjang itu memanggil anak dengan nama penuh sebagaimana yang diberikan, malah disingkat-singkatkan lagi sehingga hilang maknanya. Misalannya Siti Melinda Cempakasari, sudah tentu ada yang panggil Siti, ada yang memanggil Melinda atau Linda, ada juga yang memanggil Cempaka atau Sari. Yang mana satu ni? Malah ada juga yang meringkaskan lagi menjadi Ti. Manakala Muhammad Ashraf Zamani pula dipanggil Ashraf atau Zamani atau Zam, sesetengah pula meringkaskan lagi menjadi Ash atau Mat Ash. Tidak kurang yang ibubapa yang memberi jolokan manja kepada anak mereka seperti Ucuk, 'Aad, Cha, Liz dan sebagainya. Adoi, gawat sungguh!
Panggillah dengan nama penuh
Kepada ibubapa, sepatutnya nama yang elok dari segi maknanya, panggillah dengan nama yang penuh. Apa salahnya, kalau tidak jangan bagi nama panjang-panjang. Ramai yang memilih untuk menamakan anak berserta nama Muhammad (محمد) bagi mendapat barakah penggunaan nama nabi kita. Baguslah kerana niat yang baik itu tapi perlu diingat cucu-cucu nabi sendiri, iaitu Hasan (حسن)dan Hussain (حسين) tidak dinamakan 'Muhammad Hasan' atau 'Muhammad Hussain'. Kenapa ya?
Lagipun berapa ramai ibubapa yang memanggil anak dengan nama penuh 'Muhammad Si Polan'? Jadi fikir-fikirkanlah.
Yang paling penting kita kena jaga akhlak kita. Apa guna mempunyai nama yang panjang berjela yang baik maknanya tetapi berakhlak buruk.

No comments:
Post a Comment