Friday, April 10, 2009

Kebaikan membaca Surah al-Kahf pada Hari Jumaat

Masa zaman sekolah sampai first degree dulu, kalau hari Jumaat sahaja, sama ada malam atau siang, Surah Yaasin telah menjadi satu keperluan untuk dibaca.

Yelah, sebagai manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sudah tentu kita berkehendakkan sesuatu pahala, yang mana salah satu daripadanya adalah menerusi pembacaan al-Quran. Sekurang-kurangnya mendapat barakah dari pembacaan itu tadi, inshaAllah.

Tatkala masa berlalu, banyak perkara yang dipelajari, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ketika saya di second degree, seorang sahabat saya dari Timur Tengah telah bertanya kenapa tidak dibaca Surah al-Kahf (Surah al-Kahfi) pada hari Jumaat. Saya memberitahu beliau bahawa saya membaca Surah Yaasin di malam Jumaat. Tatkala ditanya kenapa Surah Yaasin, saya terdiam seketika. Jawapan mee segera saya adalah untuk mendapatkan pahala dan barakah, di samping ini telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat rumpun Melayu Asia Tenggara.

Sahabat saya menjelaskan dengan penuh kesopanan bahawa tidak salah untuk membaca Surah Yasin, malah elok memperbanyakkan bacaan al-Quran pada hari Jumaat. Cuma tidak perlu mengkhususkan bacaan Yaasin pada malam Jumaat sahaja.

Malah katanya, ada dinyatakan di dalam hadis tentang galakan membaca Surah al-Kahf pada hari Jumaat. Penjelasan sahabat saya telah menyedarkan saya bertapa lemahnya basic berpengetahuan saya akan agama yang menjadi ikutan saya selama ini, yakni Islam. Yelah selama ini ikut sahaja. Lagipun buat apa nak lebih-lebih, kita bukan ustaz atau pelajar bidang agama. Itulah pandangan ramai termasuk saya pada ketika itu.

Lalu saya buat homework tentang Surah al-Kahf. Saya dapati banyak hadis yang menceritakan galakan membaca Surah al-Kahf pada hari Jumaat. Yang sahih ada, yang daif pun banyak.

Berikut adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Sa'eed al-Khudri (r.a.):

عن أبي سعيد الخدري قال : " من قرأ سورة الكهف ليلة الجمعة أضاء له من النور فيما بينه وبين البيت العتيق " . رواه الدارمي (3407) والحديث : صححه الشيخ الألباني في " صحيح الجامع" (6471)

Dari Abu Said al-Khudri, "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi malam Jumaat diterangi baginya cahaya jarak di antara pembaca tersebut dan antara Baitil Atiq"
Riwayat Ad-Darmi (3407) dan disahihkan oleh As-Sheikh al-Albani di dalam Sahih Al-Jame' (6471)


من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين رواه الحاكم (399\2) والبيهقي (249\3). والحديث : قال ابن حجر في " تخريج الأذكار " : حديث حسن ، وقال : وهو أقوى ما ورد في قراءة سورة الكهف. وصححه الشيخ الألباني في " صحيح الجامع" (6470)
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat diterangi baginya dengan cahaya tempoh antara dua Jumaat"
Riwayat al-Hakim (399/2) dan al-Baihaqi (249/3). Dinyatakan oleh Ibnu Hajar di dalam Takhrij al-Adzkar sebagai Hadis Hasan dan disahihkan oleh As-Sheikh al-Albani di dalam Sahih Al-Jame' (6470)

Rujukan: ISLAM QA, al-Fikrah.net, al-Firdaus.com, dll.

Terima kasih pada sahabat saya yang memberi penjelasan dengan penuh hikmah. Semoga Allah memberkati beliau. Juga, semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua.

No comments: